Pendatang Yahudi berpesta di Masjid Ibrahimi, serang penduduk Palestin

AL-KHALIL, 31 Okt 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi berpesta dengan suasana hiruk-pikuk di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil, dan menyerang penduduk Palestin yang tinggal berdekatan pagi tadi.

Mereka menyerang penduduk Palestin kerana membantah laungan azan menggunakan pembesar suara.

Puluhan pendatang Yahudi memasang alat-alat pembesar suara di perkarangan masjid, dan menyanyi serta menari secara provokasi, kemudian menyerang penduduk berdekatan apabila mereka membuat bantahan ke atas suasana bising di masjid.

Pendatang Yahudi turut menyerang dan menyelongkar serta merosakkan barangan dalam kedai milik Abdul-Raouf al-Muhtasib sebelum cuba membakarnya.

Penduduk Ya’qoub Abu Jihad, Khalil Jaber dan Ismail al-Rajbi

yang mengalami kecederaan dan luka-luka diserang oleh pendatang Yahudi kemudian ditahan selama beberapa jam berdekatan menara tentera Zionis di Masjid Ibrahimi.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts