Pendatang Yahudi bina lebih 16 pos penempatan haram di Tebing Barat sejak 2017

BAITULMAQDIS, 23 Jul 2019 — Laporan pertubuhan Peace Now semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 16 pos penempatan haram telah dibina oleh pendatang Yahudi di Tebing Barat, dengan bantuan pihak berkuasa Zionis.

Pos-pos penempatan tersebut dibina dalam berbagai bentuk dan saiz ladang, merangkumi kawasan dari Dataran al-Khalil di selatan sehinggalah ke kawasan utara Tebing Barat termasuk Lembah Jordan. Pos-pos bersaiz kecil dikhususkan untuk kumpulan-kumpulan pemuda dari kalangan pelampau Yahudi.

Sejumlah 31 pos penempatan haram telah dibina dari tahun 2012 hingga 2019. Semua pemenpatan Yahudi di wilayah Tebing Barat adalah melanggar undang-undang anatarabangsa. Walaupun sebilangan pos tersebut telah diarahkan supaya diroboh, semuanya masih diduduki dan mendapat perlindungan dari pihak berkuasa Zionis.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts