Pendatang Yahudi bina karavan di selatan Jenin

JENIN, 3 Ogos 2017 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi berkerah ke selatan kota Jenin dan membina karavan serta kemah di situ tengahari tadi.

Sekumpulan fanatik dari kalangan mereka menyerbu kawasan tersebut sambil merusuh serta melaungkan slogan anti-Arab, mengugut untuk merampas kawasan bekas tapak penempatan haram itu.

Tentera Zionis mengosongkan kawasan tersebut pada tahun 2005 susulan keputusan berundur dari wilayah Gaza. Namun sejak itu juga penduduk Palestin dilarang memasukinya.

Pendatang Yahudi sering mencerboh masuk kawasan tersebut, terutama pada musim perayaan, untuk melakukan ritual keagamaan. Namun sebelum ini mereka tidak pernah mendirikan karavan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts