LEMBAH JORDAN, 6 Nov 2016 (PNN) — Sekumpulan pendatang Yahui membina sebuah penempatan baharu berdekatan sebuah pos tentera Zionis di utara Lembah Jordan.
Kumpulan pendatang terbabit membina sebuah kemah di kawasan tersebut dua bulan lalu, dan kembali untuk meratakan tanah beberapa hari lalu sebelum mula membina penempatan.
Pihak berkuasa Zionis mengesahkan bahawa penempatan dan pembinaan tersebut dibuat secara haram.