Pendatang Yahudi bina pos haram baharu di Ramallah

RAMALLAH, 27 Ogos 2020 — Gerombolan pendatang Yahudi hari ini membina sebuah pos haram baharu di atas tanah milik penduduk perkampungan Obwein di utara Ramallah.

Mereka memasang empat buah karavan di atas tanah yang terletak antara perkampungan Obwein, Jaljilia, dan Sinjil itu. Langkah sedemikian lazimnya menjadi helah mereka untuk membina penempatan haram baharu, sedangkan tuan tanah mempunyai dokumen pemilikan yang lengkap.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts