Pendatang Yahudi bina pos penempatan haram baharu di Ramallah

RAMALLAH, 14 Mac 2017 (Maan) — Segerombolan pendatang Yahudi membina beberapa buah karavan di atas tanah milik penduduk Palestin di perkampungan al-Mughayer, Abu Falah dan Kufr Malik dalam kawasan al-Tabbun, tidak jauh dari bekas tapak penempatan haram Amona di timur Ramallah.

Mereka memasang kawat berduri mengelilingi karavan tersebut. Sebatang jalan menghubungkan kawasan tersebut ke jalan khusus untuk pendatang Yahudi turut dibuka.

Kurang 40 hari lalu, rejim Zionis mengosongkan kawasan penempatan haram Amona dan memindahkan penduduknya ke penempatan haram Ofra yang berdekatan, sementara menunggu keputusan untuk memindahkan mereka ke sebuah penempatan baharu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts