Pendatang Yahudi buka kafeteria di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 18 Julai 2020 — Rejim Zionis semalam membenarkan pendatang Yahudi membuka kafeteria di Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil.

Puluhan pendatang Yahudi dilaporkan berpusu ke kawasan tersebut untuk menjual makanan dan minunan.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Zionis untuk meningkatkan kehadiran pendatang Yahudi di Masjid Ibrahimi. Sebelum ini, mereka meluluskan cadangan untuk merampas tanah berdekatan masjid bagi membina laluan khusus untuk pendatang Yahudi memasuki masjid, lengkap dengan kawasan meletak kenderaan, elevator serta tempat-tempat rehat.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts