Pendatang Yahudi bunuh pemuda Palestin di Nablus

NABLUS, 3 Mac 2019 — Seorang pendatang Yahudi menembak mati pemuda Palestin Mohammed Abdul-Fattah dan mencederakan seorang yang lain berdekatan sekatan tentera Huwwara di bandar Beita, Nablus, pagi tadi.

Mohammed dikejarkan ke Hospital Beilinson di Petah Tikva, timur Tel Aviv, selepas cedera parah ditembak dengan peluru hidup, dan diisytiharkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital Zionis itu.

Pendatang terbabit, Joshua Sherman yang tinggal di kawasan penempatan haram Elon Moreh di timur laut Nablus, mendakwa mangsa cuba membuat serangan menikam.

Ketika kejadian, pendatang Yahudi tersebut menyekat jalan dengan kenderaannya, menghalang laluan lori yang dipandu oleh Mohammed. Selepas Mohammed keluar dari lorinya, beliau ditembak.

Sementara Khaled Rawajbeh, 22, yang berada di lokasi tersebut turut terkena tembakan, menyebabkan kecederaan di bahagian perut. Beliau dikejarkan ke Hospital Rafidia.

(PIC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts