Pendatang Yahudi bunuh ternakan penduduk Palestin

RAMALLAH, 1 Jan 2019 — Haiwan ternakan tidak terlepas daripada kejahatan pendatang Yahudi! Seorang pendatang Yahudi secara sengaja memandu laju dan melanggar sekelompok ternakan biri-biri di Jalan Allon di timur Ramallah semalam, membunuh 30 ekor daripadanya sementara beberapa lagi tercedera.

Ternakan tersebut adalah milik penduduk Palestin dari perkampungan al-Mughayyir.

Pendatang Yahudi yang tinggal di kawasan penempatan haram di seluruh Tebing Barat sering melakukan jenayah ke atas penduduk Palestin dan harta mereka, kerana mereka lazimnya tidak dikenakan sebarang tindakan.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts