Pendatang Yahudi Cedera Ditikam

BETHLEHEM, 28 Okt 2015 (Maan) — Seorang penduduk Palestin ditangkap atas tuduhan menikam dan mencederakan seorang wanita pendatang Yahudi di sebuah supermarket Rami Levi di blok penempatan haram Gush Etzion di selatan Bethlehem.

Serangan tersebut dilakukan sejurus selepas insiden tentera Zionis membunuh seorang penduduk Palestin di al-Khalil. Dalam kejadian tersebut, mangsa dituduh cuba menikam seorang askar Zionis. Namun tidak seorang askar pun cedera, dan saksi melaporkan tentera Zionis dengan sengaja meletak sebilah pisau bersebelahan mangsa setelah beliau ditembak.

Pembunuhan tersebut merupakan kes ke-62 di mana penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Zionis sejak awal bulan ini. Manakala 10 orang Yahudi dibunuh dalam tempoh yang sama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts