Pendatang Yahudi cemari al-Aqsa, pengawal masjid ditangkap

BAITUMAQDIS, 21 Jan 2018 — Suasana di perkarangan Masjid al-Aqsa menjadi tegang ketika pasukan polis Zionis mengiringi gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan mencemari tapak suci umat Islam itu pagi tadi.

Puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk secara provokatif dalam gerombolan-gerombolan yang berurutan, dengan melaungkan slogan perkauman, mengherdik umat Islam dan bangsa Arab, di sampig melakukan ritual di hadapan Pintu ar-Rahmah.

Tindakan provokatif tersebut menyebabkan kumpulan pengawal masjid cuba menghalang para penceroboh tetapi pasukan polis masuk campur dan menangkap salah seorang pengawal, Khalil Tarhouni.

Dalam pada itu polis Zionis masih melarang pekerja Jabatan Wakaf menjalankan kerja-kerja pembaikan di Masjid al-Aqsa sejak beberapa hari lau.

(PIC, IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts