Pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa, polis tangkap pegawai masjid

AL-QUDS, 30 Julai 2017 — Polis Zionis mengiringi segerombolan 25 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di tapak suci Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareeba pagi tadi.

Pada masa yang sama polis Zionis menghadkan kemasukan penjaga masjid dan pekerja wakaf, serta memeriksa mereka sebelum dibenarkan masuk.

Seorang pegawai masjid, Ra’ed al-Zaghir, ditangkap.

Dalam pada itu Ahli Parlimen pelampau Zionis, Yehuda Glick, mengumumkan beliau beserta beberapa orang rabai dan lebih 150 Yahudi akan menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu dalam beberapa jam berikutnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts