NABLUS, 14 Ogos 2016 (PIC) — Puluhan pendatang Yahudi yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Zionis menceroboh masuk bandar Sabastya di utara Nablus dan berkumpul di al-Bavader dan kawasan panggung terbuka malam tadi.
Dua buah bas dan beberapa buah kereta diiring oleh kenderaan peronda Zionis menceroboh masuk bandar Palestin itu, di mana pada pendatang melakukan ritual agama mereka sebelum meninggalkan kawasan tersebut.