Pendatang Yahudi ceroboh Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 9 Julai 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis membuka Pintu al-Maghareeba dan mengepung perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi, sebelum membuka laluan kepada beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Pada masa yang sama polis Zionis terus menghalang puluhan jemaah lelaki dan wanita daripada masuk beribadah.

Kumpulan fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk ke dalam masjid ketiga paling suci itu hampir setiap hari, bermula jam 7:00 pagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts