AL-QUDS, 8 Ogos 2014 (PIC) — Sekumpulan pendatang Yahudi yang dipimpin oleh rabbi Yehuda Glick dengan kawalan lengkap polis Zionis telah menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa melalui Pintu Maghareba semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis terus mengenakan sekatan bagi para jemaah yang ingin memasuki masjid serta menghalang muslimat daripada memasuki masjid sehinggalah waktu tengahari. Muslimat dihalang memasuki masjid atas alasan mereka sering menghalang pendatang Yahudi yang memasuki masjid itu dengan laungan takbir.