Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa, lakukan ritual agama

AL-QUDS, 11 Okt 2016 (Maan) — Segerombolan 156 pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharibeh bersempena perayaan Yom Kippur pagi tadi.

Ramai pendatang melakukan ritual agama mereka di perkarangan masjid suci itu, terumata berdekatan Pintu es-Silsileh dan Pintu el-Qattanin, dengan dikawal oleh pasukan polis.

Pada masa yang sama polis Zionis menghalang sebilangan pemuda Palestin dari memasuki kawasan masjid. Seorang pemuda dipaksa dan diheret keluar dari kawasan masjid, sementara seorang lagi yang dikenali sebagai Mufid Ghaith dipukul oleh pasukan polis.

aqsa-3 aqsa-2

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts