KOTA BAITULMAQDIS, 27 Julai 2020 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan diiring oleh rabai dan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.
Di samping berarak di tapak suci umat Islam itu, mereka turut melalkuan ritual Talmud dengan nada yang tinggi.
Kumpulan fanatik Yahudi melancarkan kempen menceroboh masuk Masjid al-Aqsa secara besar-besar bermula hari ini sehingga Khamis, kononnya sempena memperingati peristiwa kemusnahan kuil mereka yang didakwa pernah berdiri di situ.
(Palinfo)