Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa, pengawal masjid diculik

AL-QUDS, 7 Ogos 2016 (IMEMC) — Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis dan tentera khas yang lengkap bersenjata.

Para pelampau yang dipimpin oleh ahli arkeologi dan sejarah Zionis itu meninjau perkarangan masjid dan turut melakukan ritual agama mereka sambil melaungkan slogan anti-Islam, manakala para jemaah cuba menghalang penodaan mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Dalam kejadian berkaitan seorang pengawal masjid, Luay Abu al-Saad, diculik di Pintu Asbat ketika menuju ke tempat bertugas beliau. Ramadan lalu, beliau telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan setelah dilanggar oleh pasukan keselamatan Zionis secara sengaja dengan sebuah traktor elektrik.

Sementara itu para Muslimat terus berada di luar pintu Masjid al-Aqsa, membantah tindakan rejim menghalang mereka masuk beribadat di dalam masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts