Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa, sambut perayaan Sukkot

BAITULMAQDIS, 23 Sep 2018 — Pasukan keselamatan khas Zionis mengiringi 87 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan melakukan ritual Talmud bersempena perayaan Sukkot yang bermula hari ini.

Baru-baru ini pertubuhan “Temple Mount” menyeru pendatang Yahudi supaya menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu sempena perayaan Sukkot yang akan berterusan selama seminggu.

Tindakan polis Zionis membenarkan pendatang Yahudi melakukan ritual Talmud secara terbuka tanpa halangan di perkarangan Masjid al-Aqsa merupakan langkah awal untuk menukar realiti serta membahagikan tapak suci itu di antara umat Islam dan penganut Yahudi, sebagaimana yang telah mereka lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Dalam pada itu, polis Zionis mengetatkan kawalan dan sekatan di kota Baitulmaqdis dengan menginterogasi, menangkap serta mengharamkan sebilangan penduduk, aktivis dan pekerja Jabatan Wakaf memasuki kota suci.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts