Pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa sempena perayaan tahun baharu Yahudi

KOTA BAITULMAQDIS, 20 Sep 2020 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah pagi tadi, sementara pasukan polis Zionis memasuki Musolla al-Qibli sebagai persediaan kumpulan-kumpulan pelampau Kuil Yahudi menyambut tahun baharu Rosh Hashanah di atas tapak suci umat Islam itu.

Sekurang-kurangnya 76 pendatang penceroboh memasuki tapak suci itu dengan mengenakan pakaian khusus bagi melakukan ritual yang dipimpin oleh beberapa rabai pelampau.

Kesatuan Pertubuhan Kuil Yahudi merancang untuk menceroboh masuk Masjid al-Aqsa setiap hari sepanjang tempoh “10 Hari-Hari Taubat” bermula hari Ahad sehingga Khamis, yang kemudian akan berakhir dengan sambutan Yom Kippur.

Mereka turut merancang untuk melakukan ritual meniup trompet (shofar) bagi menyambut ketibaan tahun baharu Yahudi di perkarangan Masjid al-Aqsa, sebagai strategi baharu mendapatkan hak melakukan semua ritual mereka di atas tapak suci itu.

(Palinfo, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts