Pendatang Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 17 Julai 2017 (PIC) — Gerombolan pendatang Yahudi yang dikawal ketat oleh pasukan besar polis Zionis kembali menceroboh masuk dan menodai Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Pencerobohan tersebut adalah pertama kali selepas insiden tembakan pada hari Jumaat lalu.

Terdahulu, pasukan polis Zionis membuka Pintu al-Maghareeba dan mengerah anggotanya ke seluruh sudut tapak suci umat Islam itu, sebagai persiapan membawa pendatang Yahudi meceroboh masuk.

Pendatang Yahudi menceroboh Masjid al-Aqsa hampir setiap hari dari jam 7:00 hingga 11:00 pagi, mengambil kesempatan ketika bilangan para jemaah masih sedikit pada waktu tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts