Pendatang Yahudi cuba ceroboh masuk tanah perkuburan Nablus, dihalang oleh penduduk

NABLUS, 23 Ogos 2016 (PIC) — Sekitar 60 pendatang Yahudi menaiki sebuah bas dan menceroboh masuk kota Nablus untuk melakukan ritual di Makam Nabi Yusuf, namun secara tiba-tiba diserang dengan balingan batu oleh pemuda Palestin.

Beberapa orang pendatang lari meninggalkan bas tersebut, di mana ramai dari kalangan mereka yang dilaporkan cedera.

Tentera dan polis Zionis dikejarkan ke tempat kejadian dan mencari kumpulan pemuda yang menyerang.

Kenyataan pihak tentera menyebut bahawa gerombolan pendatang Yahudi tersebut memasuki kota Nablus tanpa mendapatkan koordinasi mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts