Pendatang Yahudi cuba rampas rumah penduduk Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 25 Julai 2017 — Tentera Zionis petang tadi mengiringi lebih 50 pendatang Yahudi menyerbu sebuah bangunan rumah tiga tingkat milik keluarga Abu Rajab berdekatan Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil untuk merampas bangunan tersebut.

Mereka kemudian menduduki bumbung bangunan dan memasang bendera Zionis.

Tentera dan pengawal keselamatan Zionis berkawal di hadapan rumah terbabit sejak 48 jam terdahulu, sebelum akhirnya membenarkan pendatang Yahudi cuba menyerbu masuk.

Keluarga Abu Rajab berhadapan dengan kerenah undang-undang sejak beberapa tahun lalu, setelah pempimpin Zionis Benjamin Netanyahu mengumum rancangan untuk membina penempatan haram baharu “Beit Hamachpela.” Rancangan itu gagal dilaksanakan mengikut jadual kerana pendatang Yahudi didakwa memalsu dokumen pembelian.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan supaya tingkat dua dan tiga bangunan tersebut dikosongkan sementara menanti keputusan perbicaraan, dan tentera Zionis diarah mengawal bangunan tersebut. Bagaimapun, pertubuhan hak asasi Peace Now mendakwa 15 keluarga pendatang Yahudi telah memasuki bangunan tersebut tanpa kebenaran mahkamah.

(PNN | IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts