Pendatang Yahudi curi hasil tuaian 400 pohon zaitun petani Palestin

NABLUS, 7 Nov 2016 (Maan) — Pendatang Yahudi telah mencuri hasil tuaian 400 pohon zaitun milik 30 keluarga petani Palestin di perkampungan Deir Sharaf di wilayah Nablus.

Para petani terbabit dihalang memasuki kebun mereka sejak hari Jumaat lalu, walapun telah mendapat permit dari pihak tentera. Pagi ini mereka terkejut apabila mendapati para pendatang Yahudi telah mencuri semua tuaian buah zaitun di kawasan yang tidak jauh dari penempatan haram Shavi Shamron itu.

Petani lazimnya meninggalkan buah zaitun di kebun untuk dipungut sekaligus di akhir musim menuai.

Zaitun merupakan sumber pendapatan utama dan budaya turun temurun penduduk Palestin. Hampir separuh daripada tanah pertanian Palestin ditanam dengan pohon zaitun. Musim menuai zaitun bermula sejak bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts