Pendatang Yahudi dan tentera Zionis ganggu jemaah Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 1 Julai 2016 (ISM) — Tentera Zionis mengenakan sekatan ketat di laluan ke Masjid Ibrahimi yang digunakan oleh para jemaah bagi menunaikan solah Zuhur, apabila sekumpulan pendatang Yahudi berkumpul mengadakan demonstrasi di sebuah sekatan berdekatan masjid bersejarah itu.

Sekatan di Masjid Ibrahimi ditutup selama lebih dua jam selepas insiden menembak mati wanita hamil Sarah Tarayra, memaksa sekitar 150 ahli jemaah solat Zuhur tersekat menunggu di sekatan tersebut.

Setelah sekatan dibuka kemudiannya, setiap jemaah diwajibkan melalui pemeriksaan badan dan beg mereka.

Beberapa orang pendatang Yahudi menyerang para jemaah, sehingga memaksa tentera Zionis masuk campur. Tentera mengarahkan sebahagian jemaah yang sedang bersiap untuk mendirikan solat supaya beredar.

Selepas selesai solat Zuhur, tentera Zionis menghalang para jemaah daripada beredar pulang ke rumah kerana kumpulan pendatang Yahudi berada di laluan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts