Pendatang Yahudi desak al-Khalil dijadikan kota suci Yahudi, bunuh penduduk Arab

AL-KHALIL, 14 Ogos 2018 — Kumpulan pelampau pendatang Yahudi hari ini menyertai perarakan dari kawasan kejiranan Tel Rumeida menuju ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil, menyahut desakan majlis penempatan Yahudi supaya kota al-Khalil dan tapak-tapak suci di situ disahkan sebagai milik Yahudi.

Ratusan pendatang Yahudi berarak sambil mengibar bendera Zionis di kawasan dataran Masjid Ibrahimi, melaungkan slogan “bunuh orang-orang Arab”.

Tentera Zionis mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera dan menghalang pera jemaah memasuki masjid.

Ketika berarak, pendatang Yahudi memecah masuk sebuah rumah penduduk Palestin yang terletak berdekatan pos penempatan haram Abraham Avino.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts