Pendatang Yahudi desak rejim Zionis bermesyuarat dalam Masjid Ibrahimi

AL-QUDS, 11 Julai 2017 (MEMO) — Pendatang Yahudi mendesak supaya Kabinet Zionis bermesyuarat dalam Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil yang terjajah, sebagai membantah keputusan UNESCO menyenaraikan masjid bersejarah itu serta kota al-Khalil sebagai Tapak Warisan Dunia.

Dalam suratnya kepada Benjamin Netanyahu, pemimpin pendatang Yahudi di Tebing Barat, Avi Ro’eh, mendakwa bahawa Masjid Ibrahimi dan kota al-Khalil, yang didakwa sebagai kota nenek moyang mereka, adalah milik abadi Yahudi.

Beberapa bulan lalu, Kabinet Zionis mengadakan mesyuarat dalam sebuah terowong bawah tanah di Masjid al-Aqsa, kononnya sebagai meraikan ulang tahun pembebasan dan penyatuan kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts