Pendatang Yahudi di al-Khalil hina Rasulullah SAW

AL-KHALIL, 29 Ogos 2017 — Seorang aktivis pertubuhan hak asasi B’Tselem merakam aksi gerombolan pendatang Yahudi yang berkumpul di kawasan kejiranan al-Hariqah di wilayah al-Khalil malam Khamis lalu, sambil melaungkan kata-kata kesat menghina Rasulullah SAW, agama Islam dan penduduk Palestin menggunakan pembesar suara.

Ketika kejadian, tentera Zionis yang mengiringi perarakan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyekat aksi provokasi tersebut.

Aktivis wanita tersebut tidak tergamak untuk menyiar rakaman kejadian, kerana bahasa yang digunakan oleh para pendatang telalu keji.

Beliau menulis di laman Facebook:

“Pada jam 6:00 petang saya menuju naik ke apartmen saya, yang menghadap kawasan kejiranan al-Hariqah dan penempatan haram Kiryat Arba. Pada mulanya saya tidak hiraukan kepada perhimpunan pendatang Yahudi, tetapi mereka kemudian meninggikan bunyi muzik apabila azan Maghrib dilaungkan dari masjid. Mereka mula memperlekeh panggilan solat dan menghina Nabi Muhammad SAW.”

“Saya lihat sebuah jip tentera berkawal di atas bukit tempat pendatang Yahudi berkumpul. Beberapa orang lagi askar bekawal di jalan-jalan di bawah bukit, yang menghadap Jalan al-Hariqah dan dikawal oleh pendatang Yahudi. Saya mula membuat rakaman.”

“Pendatang Yahudi mula mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada saya, Islam, dan terutamanya Nabi Muhammad SAW. Polis dan tentera Zionis tidak berbuat apa-apa untuk menghalang mereka. Ini bukan pertama kali; kira-kira setahun lalu, saya merakam aksi mereka mencerca dengan bahasa lucah dan melaung kata-kata hina ke atas Rasulullah SAW, sambil tentera dan polis membiarkan sahaja mereka terus berbuat seperti itu.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts