RAMALLAH, 19 Dis 2016 (PIC) — Rejim Zionis akan merampas tanah seluas 12 hektar di bandar Silwad di timur kota Ramallah untuk menempatkan pendatang Yahudi yang dipaksa keluar dari pos penemaptan haram Amona.
Tanah terbabit adalah milik persendirian penduduk Palestin. Pemiliknya pernah berjaya mematahkan dua kali cubaan rejim Zionis untuk merampas, setelah berjaya membuktikan dokumen lengkap hak milik dan ianya bukan “tanah negara” atau “tanah yang ditinggalkan.”
Pos Amona dibina di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin, menempatkan 40 keluarga pendatang Yahudi, dan dianggap sebagai haram oleh undang-undang antarabangsa dan rejim Zionis sendiri.
Mahkamah memutuskan supaya semua pendatang Yahudi mengosongkan pos Amona sebelum 25 Disember 2016. Setiap keluarga akan diberi pampasan sebanyak 1 juta shekel untuk dipindahkan ke lokasi lain, juga di atas tanah penduduk Palestin.