Pendatang Yahudi gali terowong di bawah Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 3 Julai 2018 — Pasukan tentera Zionis pagi tadi melindungi segerombolan pendatang Yahudi membuat penggalian terowong bawah tanah di kawasan al-Tousufiy al-Tahta, yang terletak di bawah Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Tentera Zionis meningkatkan pencabulan ke atas Masjid Ibrahimi sejak berakhirnya Ramadan, dengan rancangan jahat untuk mengubah karakter Islam di masjid bersejarah itu dan menjadikannya sebagai sebuah sinagog.

Pada bulan Ramadan lalu, tentera Zionis mengiringi pendatang Yahudi menceroboh masuk dan membawa kitab Taurat ke dalam Masjid Ibrahimi. Terdahulu, pihak berkuasa rejim turut membina sebuah pusat tahanan baharu di Kota Lama.

Sejak tahun 1994, rejim Zionis membahagian Masjid Ibrahimi di antara kaum Yahudi dan umat Islam di mana sebahagian besar daripadanya telah dijadikan sebagai sinagog. Bagaimanapun, para jemaah tidak akan dibenarkan memasuki makawasn masjid di musim-musim perayaan Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts