Pendatang Yahudi guna babi untuk rosakkan kebun penduduk Palestin

NABLUS, 16 Nov 2016 (PIC) — Petani Palestin di Tebing Barat, terutama yang tinggal berdekatan kawasan penempatan haram, kini berhadapan dengan ancaman fizikal dan psikologi baharu apabila kebun dan kelengkapan pertanian mereka diserang dan dirosakkan oleh kumpulan babi yang dilepaskan oleh pendatang Yahudi.

Di kawasan Der Syaraf yang berdekatan dengan penempatan haram Shavi Shamron di barat kota Nablus, ribuan babi menyerang halaman rumah dan kebun terutamanya di waktu malam, menyebabkan penduduk ketakutan kerana bilangannya yang begitu banyak.

Selain daripada ancaman diserang babi, penduduk juga kini berhadapan dengan masalah penyakit daripada serangga dan ulat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts