Pendatang Yahudi halang kanak-kanak Al-Khalil ke sekolah

AL-KHALIL, 10 Dis 2015 (Maan) — Sekumpulan pendatang Yahudi menghalang kanak-kanak daripada pergi ke sekolah Qurtuba di Al-Khalil hari ini.

Anat Cohen, seorang pelampau yang terkenal kerana sering mengganggu penduduk Palestin di kawasan tersebut, pada mulanya cuba menyerang kanak-kanak sekolah terbabit dan kemudian menghalang mereka daripada meneruskan perjalanan ke sekolah. Susulan tindakan Cohen, ramai pelampau lain menyertai beliau dengan menakutkan kanak-kanak berumur dari tujuh hingga 16 tahun itu, sehingga mereka semua terpaksa berpatah balik ke rumah.

Sekolah Qurtuba terletak berdekatan penempatan haram Yahudi Beit Hadassah. Pendatang Yahudi secara berterusan cuba menutup sekolah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts