Pendatang Yahudi Bakar Kebun Zaitun di Nablus

fire-treesNABLUS, 22 Okt 2014 (PIC | WAFA) — Pendatang Yahudi membakar kebun Zaitun milik petani Palestin di barat perkampungan Huwwara di selatan kota Nablus tengahari tadi.

Pengerusi majlis perwakilan kampung Huwwara, Mu’een Dumeidi, melaporkan bahawa pendatang Yahudi dari penempatan haram Yitzar dengan memakai topeng dan menyamar sebagai penduduk Palestin telah membakar kira-kira 200 pokok zaitun milik keluarga Khamoos dan Salim. Pasukan bomba dari Burin, sebuah kampung berdekatan, berkejar untuk memadam kebakaran dengan bantuan pasukan majlis perbandaran tempatan dan pertahanan awam, menghalang api daripada terus merebak ke kawasan berdekatan.

Dalam kenyataan beliau, Datuk Bandar menjelaskan petani Palestin belum menuai hasil zaitun mereka di situ kerana masih menunggu kebenaran daripada pejabat perwakilan.

Pendatang Yahudi secara sistematik mengganggu para petani di kampung Huwwara dengan merosakkan tanaman mereka serta menyerang petani atau menghalang mereka daripada memasuki kawasan kebun, terutama sekali di kawasan barat dan di musim menuai. Serangan begini dilakukan bagi merampas tanah penduduk Palestin untuk tujuan perluasan kawasan penempatan haram Yahudi.

hawwara map

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts