Pendatang Yahudi kibar bendera Zionis di atas Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 1 Mei 2017 (Maan) — Puluhan bendera Zionis dikibarkan oleh pendatang Yahudi di atas Masjid Ibrahimi sebagai tanda merayakan hari tertubuhnya negara haram itu di atas tanah Palestin.

Pengarah Masjid Ibrahimi, Sheikh Hifthi Abu Sneineh, mendakwa bahawa para pendatang memasang bendera tersebut sebagai langkah untuk mengubah masjid bersejarah itu menjadi sebuah sinagog Yahudi. “Seperti lazimnya, mereka cuba mengawal masjid ini sepanjang musim perayaan Yahdui… tapi kami akan tetap mendedahkan tindakan jahat dan pencabulan mereka ke atas masjid yang menjadi hak milik umat Islam di seluruh dunia,” kata beliau.

Menurut Sheikh Hifthi lagi, rejim Zionis mengharamkan laungan azan di Masjid Ibrahimi sebanyak 66 kali sepanjang bulan April baru lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts