Pendatang Yahudi lakukan ritual di makam tokoh Islam

NABLUS, 6 Jun 2017 (PIC) — Puluhan pendatang Yahudi menyerbu bandar Awarta di tenggara wilayah Nablus dan melakukan ritual di beberapa makam tokoh Arab awal pagi tadi.

Beberapa buah kenderaan yang membawa para pendatang memasuki bandar tersebut selepas tengah malam, di mana mereka dikawal dan dibawa ke kawasan makam oleh pasukan tentera. Mereka melakukan ritual selama lebih kurang satu jam, kemudian bergerak ke arah kawasan penempatan haram Itamar.

Terdapat tiga makam bersejarah di bandar Itamar, semuanya tempat persemadian tokoh-tokoh Islam dari zaman Mamluk. Bagaimanapun penjajah Zionis mendakwa makam tersebut milik orang Yahudi dan menggelarnya dengan nama-nama Ibrani.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts