Pendatang Yahudi Lakukan Ritual, Menari di Atas Bumbung Rumah Aktivis Palestin

AL-KHALIL, 4 Dis 2018 — Puluhan orang pendatang Yahudi melakukan ritual Talmud dan menari-nari di atas bumbung rumah aktivis Palestin, Emad Abu Shamsiya, di kejiranan Tel al-Rumaidah di pinggir kota al-Khalil petang tadi.

Gerombolan tentera Zionis dikerah secara besar-besaran ke kawasan tersebut untuk melindungi kumpulan pelampau Yahudi terbabit.

Emad adalah seorang aktivis hak asasi yang aktif merekod pencabulan dan kejahatan pendatang Yahudi.

Beliau pernah merakam kes pembunuhan Abdulfattah al-Sharif di al-Khalil, yang ditembak secara sengaja oleh seorang askar Zionis, Elor Azaria, dari jarak dekat dalam keadaan mangsa terbaring cedera parah di atas jalan.

Sejak insiden tersebut, beliau serta rumahnya sering menjadi sasaran tentera Zionis dan pendatang Yahudi.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts