Pendatang Yahudi langgar kanak-kanak Palestin

BEIT LAHM, 25 Mei 2016 (PIC) — Seorang pendatang Yahudi secara sengaja melanggar kanak-kanak Adam Hamamrah, 5, di perkampungan Hussan di barat Beit Laham malam tadi.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher dan dikejarkan ke sebuah hospital. Manakala pendatang Yahudi tersebut memandu lari dan kemudian menyerah diri kepada polis Zionis.

Serangan langgar lari dan jenayah perkauman lain yang dilakukan oleh pendatang Yahudi, kononnya sebagai membalas dendam, di Tebing Barat dan al-Quds jarang disiasat atau didakwa oleh pihak berkuasa rejim.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts