Pendatang Yahudi langgar kanak-kanak Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 25 Mei 2017 (Maan) — Kanak-kanak Palestin Ahmad Mithqal al-Jabari, 4, cedera dilanggar kenderaan yang dipandu oleh seorang pendatang Yahudi ketika sedang bermain di kawasan al-Ras di kota al-Khalil, tidak jauh dari kawasan penempatan haram Kiryat Arba.

Ahmad Mithqal mengalami beberapa kesan luka dan kecederaan dan dikejarkan ke hospital kerajaan di al-Khalil.

Insiden penduduk Palestin dilanggar oleh pendatang Yahudi sering berlaku di al-Khalil namun ia lazimnya dianggap oleh pihak berkuasa Zionis sebagai ke kemalangan walaupun terdapat bukti yang menunjukan ianya perbuatan sengaja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts