Pendatang Yahudi masuk rumah keluarga Palestin yang diusir keluar seminggu lalu

BEIT LAHM, 31 Julai 2017 — Selepas gerombolan pendatang Yahudi dan tentera Zionis mengusir keluarga Abu Rajab keluar dari rumahnya berdekatan Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil hampir seminggu lalu, seorang pendatang Yahudi membawa keluarga masuk ke dalam rumah tersebut.

Yossi Dagan, seorang pemimpin pertubuhan Homesh First – pertubuhan kumpulan pelampau yang berjuang untuk membina semula penempatan haram Homesh yang telah dimusnahkan pada tahun 2005 – bertindak demikian sungguhpun tuntutan mereka ke atas bangunan tersebut masih dibicarakan di mahkamah.

Dagan bahkan mendakwa mahkamah sengaja menangguh-nangguh perbicaraan, dan menyeru pemimpin Zionis menghentikan “sikap yang tidak adil itu.”

Bangunan rumah tiga tingkat milik keluarga Abu Rajab itu dituntut milik oleh pendatang Yahudi selepas Benjamin Netanyahu mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah penempatan haram baharu yang dipanggil Beit Hamachpela.

Ketika membuat kenyataannya pada bulan November 2013 selepas seorang askar Zionis ditembak mati oleh seorang penduduk Palestin di al-Khalil, Netanyahu membenarkan pendatang Yahudi merampas rumah Abu Rajab itu.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts