AL-KHALIL, 1 Julai 2016 (Maan) — Seorang pendatang Yahudi mati dan tiga yang lain cedera, salah seorang daripadanya parah, dalam satu kejadian menembak di barat al-Khalil petang tadi.
Kenderaan yang dinaiki oleh sekeluarga pendatang Yahudi tersebut ditembak ketika melintasi kawasan di antara penempatan haram Beit Hagai dan Otniel, berdekatan perkampungan Samu di barat al-Khalil.
Kumpulan besar tentera Zionis dan beberapa kenderaan ambulan berkejar ke lokasi dan kemudian mengepung kawasan tersebut.
Terdahulu, tentera Zionis menembak mati seorang wanita Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi.