Pendatang Yahudi mati ditikam

SALFIT, 5 Feb 2018 — Seorang pendatang Yahudi mati selepas cedera parah ditikam berdekatan kawasan penempatan haram Ariel di Salfit malam tadi.

Media Zionis melaporkan mangsa, Itamar Ben Gal, 29, dikejarkan ke sebuah hospital selepas diserang dan ditikam oleh seorang penduduk Palestin, bagaimanapun beliau gagal diselamatkan.

Ben Gal adalah seorang guru agama Yahudi dari pos penempatan haram Har Bracha. Beliau mengajar di dua kawasan penempatan haram, iaitu Gival Smuel dan Har Bracha sendiri. Beliau ditikam di sebuah tempat menunggu khusus untuk pendatang Yahudi.

Beberapa laporan menyebut bahawa penyerang telah cedera ditembak namun berjaya melarikan diri. Beliau disyaki sebagai Abdul-Hakim Asi, 19.

Susulan insiden, tentera Zionis melancarkan operasi mencari dan mengisytihar kawasan sekitar tempat kejadian sebagai zon larangan tentera.

Sementara paramilitan di kalangan pendatang Yahudi mara ke kawasan di sepanjang jalan sekitar Salfit dan laluan masuk ke perkampungan Hares dan Kifl Hares, menyerang kenderaan penduduk Palestin dengan batu.

(IMEMC, PIC, MEE)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts