Pendatang Yahudi musnahkan kebun dan cabut anak pokok anggur di Beit Lahm

BEIT LAHM, 5 Julai 2016 (PIP) — Sekumpulan pendatang Yahudi memusnahkan ladang tanaman dan mencabut anak-anak pokok anggur di perkampungan al-Khidir di selatan Beit Lahm semalam.

Kebun yang dinamakan sebagai “Zaituniyah” itu adalah milik penduduk Palestin Ibrahim Shalah, dan terletak di antara penempatan haram Daneil dan Eliazer.

Tindakan para pendatang ini adalah sebahagian daripada muslihat rejim penjajah Zionis untuk mengusir warga asal dan menguasi kebun pertanian mereka bagi meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts