Pendatang Yahudi Musnahkan Kebun Petani Palestin Di Nablus

NABLUS, 12 Nov 2017 — Segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan Jabal Salman dan memusnahkan tanah kebun milik petani Palestin di perkampungan Asira al-Qibliya dalam wilayah Nablus.

Petani-petani Palestin dilarang memasuki kawasan kebun mereka di situ kerana ia terletak berdekatan pos-pos haram milik pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Yitzar.

Tentera Zionis yang berkawal di sebuah kem berdekatan tidak mengambil sebarang langkah menghalang tindakan pendatang Yahudi tersebut.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts