Pendatang Yahudi musnahkan kebun zaitun untuk luaskan kawasan penempatan haram

SALFIT, 10 Ogos 2016 (Maan) — Pendatang Yahudi yang dikawal oleh pasukan tentera dan perisikan Zionis pagi tadi memusnahkan kebun milik penduduk Palestin di perkampungan Iskaka di timur wilayah Salfit, dengan mencabut sekitar 500 pohon zaitun.

Tanah terbabit yang terletak di kawasan al-Bayyadah didakwa oleh pihak rejim sebagai “tanah negara,” dan akan digunakan untuk meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi yang terletak di timur Iskaka. Terdapat 24 penempatan haram sekitar kawasan tersebut.

Tentera menghalang pemilik kebun dan para petani yang berkejar untuk menyelamatkan tanaman mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts