Pendatang Yahudi musnahkan tiang elektrik di Nablus

NABLUS, 14 Oktober 2020 — Fanatik pendatang Yaudi hari ini memusnahkan tiang-tiang kayu litar bekalan elektrik untuk penduduk Palestin di timur perkampungan Jalud di selatan kota Nablus.

Gerombolan pendatang dari pos penempatan haram Yesh Kodesh menebang tiang-tiang dengan menggunakan gergaji elektrik dan membakar tiga tiang lain.

Tindakan tersebut menyebabkan sebahagian besar penduduk Jalud terputus bekalan eletrik.

Keganasan pendatang Yahudi ke atas penduduk Palestin semakin meningkat kebelakangan ini, menjelang tibanya musim menuai buah zaitun.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts