Pendatang Yahudi pecah masuk rumah, serang penduduk Palestin

AL-KHALIL, 10 Jun 2018 — Pertempuran tercetus di al-Khalil awal pagi tadi apabila gerombolan pendatang Yahudi memecah masuk rumah-rumah dan menyerang penduduk, sehingga menyebabkan beberapa kecederaan.

Dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis, para pendatang membaling batu dan botol ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di Jalan Shuhadaa, sebelum memukul penduduk yang melalui kawasan tersebut.

Sekurang-kurangnya lima penduduk cedera dan luka. Manakala seorang warga emas terjatuh dipukul oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis menghalang pasukan ambulan memasuki kawasan kejadian untuk membantu mangsa.

Pada masa yang sama, tentera Zionis menyita sebuah rumah penduduk Palestin tidak lama selepas tuannya diserang oleh pendatang Yahudi. Semua penghuni dipaksa keluar dari bangunan tersebut, atas tuduhan menyerang pendatang Yahudi dan tentera Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts