Pendatang Yahudi, polis Zionis ceroboh masuk Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 28 Julai 2020 — Sekurang-kurangnya 100 pendatang Yahudi bersama rabai dan pasukan polis Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Sebahagian daripada penceroboh melakukan ritual Talmud terutamanya di sekitar kawasan timur tapak suci umat Islam itu.

Pintu al-Magharebah, yang dikawal sepenuhnya oleh polis Zionis, dibuka pada jam 10:30 pagi dan selepas waktu solat Zuhur setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, sebagai laluan pendatang Yahudi menceroboh masuk.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts