Pendatang Yahudi rampas 20 hektar tanah di Masafer Yatta

AL-KHALIL, 12 Sep 2017 — Tentera Zionis membantu pendatang Yahudi memasang pagar kawat berduri di atas sebidang tanah milik penduduk Palestin di Umm al-Khair dalam kawasan Masafer Yatta, di selatan wilayah al-Khalil petang semalam.

Tanah seluas 20 hektar itu adalah milik keluarga Hadhalin, Abu Humaid dan Awad.

Terdahulu, sebuah mahkamah Zionis melarang keluarga terbabit dan juga pendatang Yahudi membuat sebarang aktiviti di atas tanah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts