Pendatang Yahudi rampas kebun penduduk Palestin di Lembah Jordan

TUBAS, 28 Nov 2016 (IMEMC) — Segerombolan pendatang Yahudi merampas kebun milik penduduk Palestin di perkampungan Ein al-Sakut di utara Lembah Jordan semalam, dengan membawa masuk peralatan pertanian bagi mengusahakan tanaman mereka di situ.

Baru-baru ini sebuah mahkamah Zionis memutuskan supaya sebahagian daripada kawasan tanah pertanian seluas 350 hektar tersebut diserahkan semula kepada penduduk Palestin pemilik asalnya, setelah dirampas oleh pendatang Yahudi.

Namun keputusan mahkamah itu tidak diambil peduli oleh pendatang Yahudi yang tinggal dalam kawasan penempatan haram berdekatan perkampungan tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts