Pendatang Yahudi rampas rumah penduduk Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 3 Sep 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi yang lengkap bersenjata malam tadi menyerbu dan merampas sebuah rumah milik keluarga Za’tari yang terletak berdekatan Masjid al-Aqsa.

Gerombolan pendatang terbabit membawa masuk perabot ke dalam rumah terbabit, sambil pasukan tentera Zionis mengepung kawasan sekitar dan menghalang penduduk Palestin masuk.

Tiga bulan lalu, gerombolan lain pendatang Yahudi telah cuba merampas rumah yang terletak tidak jauh dari kawasan penempatan haram Kiryat Arba itu.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts